Selasa, 12 Julai 2011

MUHASABAH DIRI.....

MUHASABAH DIRI UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH CEMERLANG.


Salam bahagia, salam sejahtera dan salam tazkirah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW  ,keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti Baginda hingga  ke hari akhirat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap saat yang berlalu, samaada kita sedar ataupun tidak sebenarnya kita telah menghampiri bertemu dengan Allah SWT .Berlalunya masa itu dari detik ke suatu detik , minit ke minit, jam ke jam, suatu hari ke suatu hari, adalah aturan, ketentuan dan ketetapan Allah SWT.

Inilah hakikat kehidupan, ia sentiasa bergerak pantas dan tidak berada dalam keadaan static.

Kepantasan dan bergeraknya masa itu berlalu dan kita sebagai manusia harus sentiasa disedar tentang hakikat ini, bahawa hakikat kehidupan ia sentiasa bergerak dan berubah.Masa berubah dan sejajar dengan itu juga usia kita semakin meningkat dan bertambah.

Firman Allah SWT, maksudnya : “Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran”. ( Surah Al-Ashr: ayat 1-3 )

Penjelasan ayat diatas member satu penerangan yang nyata kepada manusia bahawa suatu nilai kehidupan di dunia ini terletak kepada nilaian amal soleh. Melalui kehidupan bersama nilaian ini melambangkan kita sudah tempah tiket untuk keselamatan di alam seterusnya.

Sahabat yang dimuliakan:

Kehidupan kita di dunia ini umpama musafir yangsiggah berteduh dibawah sepohon pokok , kemudian meneruskan perjalanannya.Kehidupan di dunia hanyalah seketika sedangkan kehidupan diakhirat adalah selama-lamanya.

Meletakkan matlamat, merancang pelan kehidupan, meletakkan strategi, melaksanakan pelan tindakan, pemantauan proses tindakan dan menilai setiap apa yang kita lakukan di dunia ini adalah satu tindakan yang bijak dan harus kembangkan kepada seluruh masyarakat.  Sentiasa sedar untuk terus membetulkan diri, menilai dan muhasabah diri adalah satu sikap yang harus disistemkan dan dibumikan dalam amalan seharian.

Sekian, salam ukhwah.

3 ulasan:

  1. Kita perlu bersedia ke arah itu....
    sampai saatnya kita dijemput, putuslah hubungan kita di dunia melainkan 3 perkara.....

    BalasPadam
  2. Kita harus sedar masa sentiasa berubah sejajar dengan usia kita semmakin hari semakin meningkat jadi kita perlu bermahasabah diri perbanyakan amal ibadat sebagi bekal ke akhirat nanti.

    BalasPadam