Ahad, 10 Julai 2011

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN





KONSEP ASAS ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

             Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P dalam kelas.
  KAEDAH-KAEDAH PENGGUNAAN ICT DALAM P&P
 1.         KAEDAH TUTORIAL
                      Menurut kaedah ini ICT digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran ekspositori ( menyampaikan maklumat kepada murid, demonstrasi sesuatu fenomena , latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem.
                         Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi mempersembahkan maklumat, membimbing,. memberi latihan dan menilai pencapaian.
2.         KAEDAH PENEROKAAN
                            Kaedah ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk ;Mengakses dtau mencari maklumat daripada CD atau internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknmya boleh dikawal.
                             Dalam   kaedah      ini    murid   boleh mengawal   dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi berikut ;pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan sebenar
aktiviti berkaitan Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi.
 3.         KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI
                            Dalam kaedah ini, ICT diguna bagi membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti ;Menghasilkan karanganMembina graf/jadualMelakar gambar dan sebagainya
4.         KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH KOMUNIKASI
                              Dalam kaedah ini ICT diguna untuk membolehkan guru dan murid berkomunikasi daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti ;Teks, Grafik, Audio, Video dan Kombinasi pelbagai mod
                                Melalui kaedah ini  boleh digunakan bagi melaksanakan pembelajaran seperti berikut ;Pembelajaran kolaboratif, Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, Melibatkan pakar di dalam dan luar negara dalam proses P&P.

6 ulasan:

  1. Cikgu-cikgu boleh menggunakan kaedah-kaedah tersebut dalam p&p.

    BalasPadam
  2. Penggunaan ICT sudah tidak asing lagi dalam P&P masa kini. Tapi adakalanya kaedah tradisional lebih memuaskan apatah lg dalam menguji aspek tulisan pelajar.

    BalasPadam
  3. ICT adalah sangat berguna bg guru 2 kini.Lebih senang untuk mendapat bahan dan berkomunikasi dengan rakan guru yang lain.Bagus!

    BalasPadam
  4. ICT sangat berguna jika ingin menunjukkan sesuatu kaedah supaya murid dapat gambaran yang lebih jelas. Apapun yang penting ialah penerangan dari guru itu sendiri.

    BalasPadam
  5. ICT dalam pendidikan,lebih memberi kesan kepada murid.

    BalasPadam
  6. Perkembangan ICT bertujuan untuk memudahkan aktiviti P&P tapi kadangkala ianya mengharukan dan mengelirukan. ICT dan tradisional perlu seiring mengikut keperluan.

    BalasPadam